Permata hatiku

Permata hatiku

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Bulan Ibadah, Bulan Keampunan & Keberkatan

Assalamualaikum wbt..

Hanya sehari lagi kita akan memasuki bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan iaitu bulan Ramadhan..

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.....Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

Saya memohon kpd Allah aar menyampaikan dan memberikan saya, suami, keluarga dan sahabat handai umur yang panjang untuk bertemu sekali lagi Ramadhan kali ini.

Semoga Ramadhan yang bakal menyinggahkan dirinya kepada kita akan dilalui dengan sebaik mungkin dan secemerlang mungkin sehingga menjana kita untuk menjadi insan yang bertakwa.

" Wahai org2 yang beriman, telah diwajibkan kepada kamu berpuasa sepertimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, moga-moga kamu bertakwa". (Al-Baqarah: 183)

Bukan mudah utk mendpt title 'bertakwa' dari Allah yang Maha Esa dan Kuasa..tetapi ini semua mungkin seandainya kita berusaha, insyaAllah.

Ramadhan dibahagikan kpd 3 fasa iaitu:
1) Fasa Rahmat : 10 hari pertama
2) Fasa Keampunan : 10 hari kedua
3) Fasa Ketiga : 10 hari terakhir

Diantara amalan yg disyiarkan dibulan Ramadhan ini:

i) Bersahur - makan sahur itu ada keberkatannya
ii) Solat tarawikh - tiada dilakukan di bulan lain dan ianya utk menghidupkan malam2 Ramadhan
iii) Memperbanyakkan ibadah - amalan sunat pahalanya seumpama pahala amalan wajib, manakala amalan wajib, 70 kali ganda amalan dibulan lain.
iv) Memperbanyakkan bersedekah - walaupun hanya memberikan kurma dan seteguk air bagi org yg berpuasa, banyak pahalanya.
v) Membaca dan mentadabburi al-Quran - setiap huruf itu ada pahalanya.
vi)Menghidupkan malam - banyakkan solat sunat tahajud.
vii) Beri'tikaf di masjid

Didalamnya juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar. Semoga diberikan rezeki oleh Allah kpd kita utk mempertemukan kita pd malam Lailatul Qadar ini.

Dan sama-samalah kita beringat, bahawa puasa kita dinilai oleh Allah SWT... dan kita benar2 menjaga puasa kita dan menjaga anggota badan kita daripada maksiat sepanjang berpuasa ini.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu, dan memberikan keberkatannya kepada kita dan semoga kita tidak rugi seperti Ramadhan yang dulu....amin Ya Rabb.

Wassalam

No comments:

Post a Comment