Permata hatiku

Permata hatiku

Tuesday, July 28, 2009

Gempar !!!! H1N1 di UPM

Salam...

Berita tergempar...baru je dgr pengumuman dr pengurusan UPM..

Ade kes H1N1 di UPM nie, jadi..cuti semester diawalkan.

Berkuatkuasa esok, 29hb julai-4 Ogos 2009.

Emm...nampaknye, stdnt undergrade dah sibuk2 nak balik kg..n kelas ptg nie semua dibatalkan.

Teruk penyebaran H1N1 skrg di Malaysia, sblm nie hanya merebak di sekolah, sejak akhir2 nie dah mula bertapak ke IPT pulak..

Bior betulll.....btul ke H1N1 nie???

Friday, July 24, 2009

Permata Hatiku yang kedua


Alhamdulillah, syukur terhadap Ilahi yang melimpahkan rahmatNya terhadap kami..


Semasa Muhammad berumur 11 bulan.... saya rasa saya mengandung...alhamdulillah. Tapi bila kandungan memasuki 9 minggu, something happens... saya keguguran. Nak buat camner, rezeki takde lg.

Then, 3 bulan slps tue, saya disahkan mengandung lagi...masa tu Muhammad dah setahun lebih...gembiranya hati kami suami isteri. Masa tue saya berada di semester 2 my PhD study.
Eventhough ade Dr2 and lecturer kat tmpt saya kerja dulu pernah ckp, masa amik PhD nie xyahlah mengandung..susah..nnti drag pulak masa study. Tapi for us, anak adalah rezeki dan ALlah tahu yang terbaik utk kita.

Masa pregnant anak yg ke-2 nie, saya sgt ligat kat dlm lab dr 1st hinggalah final trimester. Alhamdulillah, Allah Maha Pengasih dan Penyayang..saya tidak mengalami sebarang alahan spt morning sickness etc suma masa pregnant kali nie mcm masa pregnant abangnya Muhammad. Even dr 5 hingga 8 bulan lebih tue, sibuk sesangat mengsacrifice mice for my research. Prosedur masa tue saya kena buat test, amik darah, bunuh (cervical dislocation), buat post mortem, amik liver, kidney, spinal cord & brain...bayangkan...masa buat2 tue...baby dlm perut nie dok menendang2 jek. And that was the sweetness part for my 2nd pregnancy.

So, tanggal 27/8/2008 lahirlah seorang lagi mujahid (4 hari sblm posa, nampak gaya tak posa lagilah tahun nie). Semasa pregnant pun Dr Rahaya dh bgtau our 2nd baby is boy...alhamdulillah.



Like his brother, we want to name him with a simple name but means a lot. Jadi saya dgn hubby sepakat memberi nama Ibrahim.
Bersempena dgn nama Nabi Ibrahim as nama Ibrahim dipilih.
Bila melihat kembali sejarah Nabi Ibrahim, sungguh besar pengorbanannya sblm dan semasa menjadi Nabi. Masa kecik2 lagi, dah menunjukkan kebagusannya dan ketokohannya sbg seorang Nabi. Memusnahkan semua berhala yg ada pd masa tue sehingga dibakar oleh penduduk kota, tapi selamat. Membuka dan membina Kaabah, tempat umat Islam mengerjakan haji skrg dan mcm2 lagi jasa Nabi Ibrahim.
Doa Ummi...
Semoga anakku Ibrahim menjadi anak yang soleh, beriman, cerdas dan cergas..
Serta penerus generasi Rabbani ini....
Amin...

F.A.M.I.L.Y

Salam..

Tangan saya merayap2 mencari2 blog kwn..tetapi, terlekat di blog seseorg nie, x dikenali pon...tapi bila baca latest entry dia sedih plak...... teringat plak anak2.

Just want to share with others :


(E-mail drp kengkawan opis)Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan. (baru boleh feel n nak nangis hehe)Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,"Oh maafkan saya, saya tak perasan "Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara" Kami amat bersopan dan saling menghormati, Kami saling melambai sambil berlalu pergi, Tetapi di rumah lain pula ceritanya, Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda, Lewat petang, tika memasak makan malam, Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam, Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh "Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku, Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku, Sedangku berbaring di katil mendengar musik, Terdengar suara halus datang membisik, "Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri, Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci", "Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan berterabur", "Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu", "Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu", Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali, Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil, "Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil" "Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak" "Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu,"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini, Katanya, "Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala,Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu, FAMILYAdakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,a kan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat? Tahukah anda makna
"FAMILY"?FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

emm...mgkin klu x sedih or sayu baca entry nie, samada u ol x berkluarga or mmg xde perasaan.. klu ibu2 mesti terasa walaupun sikit.

Itulah, anak2 dan keluarga adalah nikmat yang Allah berikan pd kita....tiada golok gantinya.

Klu anak2 terabai krna orgtuanya sibuk mencari harta dunia... alangkah sedih...kita menzalimi anak2 sendiri, darah daging kita sendiri.

Anak2 adlh amanah Allah... tanggungjawab kita utk mendidik mereka dan membesarkan mereka sebaiknya.

Merekalah yang akan kita tingglkan bila pergi dari dunia yg fana ini..tapi hanya anak2 yg soleh shj bermanfaat utk kita kelak.

Renung-renungkanlah.

Wednesday, July 22, 2009

Permata hatiku yang pertama

Permata hatiku yang pertama Muhammad namanya.
Bila pilih-pilih nama dgn hubby masa pregnant, teringin sangat letak nama yang very simple but means a lot (masa tue dah scan, Dr Rahaya ckp baby u boy, so we all x prepare pon nama bby girl).






Ialah, mengambil nama Muhammad sempena nama Nabi kita Muhammad SAW. Nabi yang amat berjasa kpd umat Islam hari ni... nabi yang diutuskn oleh Allah SWT untuk membawa manusia daripada gelap kpd cahaya. Penghulu para Nabi...dan insyaAllah kita sbg umat Nabi Muhammad SAW akan mendapat syafaat berbanding dgn umat nabi lain spt dicepatkan hisab, didahulukan untuk memasuki syurga Allah nan indah...amin... insyaAllah.



That's why lah saya n hubby pilih Muhammad dan bersempena Muhammadlah juga gelaran Ummu Muhammad lekat kat saya nie.
Doa Ummi...
Semoga anakku Muhammad akan jadi sehebat Nabi Muhammad SAW..
Semoga anakku Muhammad akan jadi penyebar risalah seperti Nabi Muhammad SAW..
Semoga anakku Muhammad akan jadi secerdik Nab Muhammad SAW...
Muhammad pun skrg dah besar, 9/8 nie genaplah usianya 3 tahun...semakin besar semain bijak dan semakin banyak ragamnya..mulut jgn nak ckplah, letih nak melayan, sangat talkative...abinya cakap itu ikut umminya...hiihii..






Ahlan wasahlan ...selamat datang

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, akhirnya tercreate jugak blog saya ni.

Geram tgk semua org ade blog sendiri, rasa terpanggil pulak nak turut same berblogger..huhuu..

Harapan utk sama2 berkongsi dgn yg lain atas rutin harian kehidupan saya sbg hamba Allah.

Semoga blog ini memberi manfaat pada saya dan anda... :-)

wslm