Permata hatiku

Permata hatiku

Monday, December 14, 2009

Melentur buluh biar dari rebungnya



Salam buat semua..

Alhamdulillah masih kita menikmati manisnya Iman dan Islam dalam kehidupan ini... :-)



"Abi, kenapa abi tinggal, tak bawa Muhammad sama pegi surau?...kan Muhammad nak ikut pegi surau"..kata Muhammad pada suamiku..

Abinya hanya tersenyum dan terdiam....kadang2 menjawab..hujan....susah....Muhammad x payah ikut...atau kadang2 sebaliknya berlaku...

"Abi, jom kita pegi surau.." kata Muhammad mengajak abi ke surau di waktu abi kdg2 xde mood utk ke surau...

Begitulah Muhammad, anakku.. sekarang berusia 3 tahun 3 bulan..

Alhamdulillah, di umur ini Muhammad sudah boleh membaca surah al-Fatihah lengkap...malah kalau kami solat berjemaah dirumah berimamkan suamiku, suaranya membaca surah al-Fatihah lebih nyaring dan lantang berbanding suara abinya. Di umur ini juga dia boleh membaca surah an Nas dan al Ikhlas...disamping menghafal doa-doa rutin yang kuajar padanya; doa
makan, doa bangun tidur, doa naik kenderaan, doa nak tidur...malah kadang-kadang dia yang mengajar adiknya Ibrahim. Diumur ini juga Muhammad boleh mengikut kami solat berjemaah dari awal hingga habis...ketika mood mainnya tiada.

Muhammad juga dah hafal semua lagu2 dari CD Adikku Sayang nyanyian kump Aeman...lagu 25 Rasul, Bulan2 Islam, 10 Malaikat, Asmaul Husna, Doa Khatam Al- Quran..dsb...dan begitu juga dalam sehari..ntah beberapa kali di rumah nak pasang cd Alif Ba Ta...cd Iqra'nya tu. Kadang2 sampai aku dan suamiku juga rasa bosan nak pasang..huuhuuu...disamping sudah boleh mengira dan membaza A-Z.


Tapi, itulah anakku Muhammad.. benarlah pepatah mengatakan "Melentur buluh biar dari rebungnya". Aku cuba menerapkan sebaik dan sebanyak mungkin ciri-ciri yang baik sebagai seorang Muslim didalam diri anakku ini... lafaz syahadah, hafazan doa, bacaan al Quran, lagu2 nasyid...adalah diantaranya...dgn harapan anakku tumbuh dan berkembang umpama sebatang pohon yang cantik...dibaja, disirami dgn nilai2 Islam kerana dia seorang Muslim dan kerana dia lah penerus generasi yang terbaik ini.

Dimasa cuti, setiap Ahad abinya akan membawa Muhammad bersama bermain bola...walaupun kebanyakkannya bukan main pun bola tu, lebih pada pendedahan pentingnya riadhah. Dan ada masanya sekerap sebulan sekali, kami akan picnic ke Sg Tekala, sekadar mandi2 dan berekreasi ataupun ke kolam Taman Suria KLCC...walaupun dgn harapan Muhammad dan adiknya dapat belajar berenang seperti abinya...masih dalam training lagi huuhuu.. teringat hadis "Ajarlah anakmu berenang, memanah dan menunggang kuda"... relevan hadis ini dalam mendidik anak-anak.

Kami juga sering bergilir-gilir membawa Muhammad dan Ibrahim ke majlis2 ilmu dan program2 Islamik..yang relevan dgn kehadiran dan keberadaan mereka disitu....disamping membawa mereka ke taman permainan di petang2 yang tak hujan dan yang masih awal selepas balik dari kerja dan fakulti...

Harapanku, InsyaAllah...sekiranya mampu di waktu hadapan, Muhammad dan adik-adiknya akan dapat bersekolah di sekolah Islam (SRI, SMI)...dapat masuk kelas tahfiz Quran...dan macam2 lagi angan2 ku. dan InsyaAllah...kuharap angan2 ku ini akan menjadi realiti dimasa hadapan. Dan utk masa hadapan itu, perlu ada perancangan bermula dari sekarang.

Semoga Allah membantu ku dan suamiku untuk terus istiqamah dan mujahadah dalam mendidik anak-anak kami walaupun kesibukan kerja dan belajar sering menguliti diri kami....amin.