Permata hatiku

Permata hatiku

Sunday, August 16, 2009

Influenza H1N1

Salam....post nie diambil dr blog seorg Dr..harap perkongsian ini menbantu kita.

Kebelakangan ini kita disibukkan dengan wabak H1N1. Sebenarnya ia bermula pada sekitar bulan April tahun ini di Mexico. Oleh kerana kerajaan Mexico dan WHO tidak mengambil langkah drastik untuk mengawal wabak ini, maka ia telah merebak ke seluruh dunia. Dalam Islam, langkah pencegahan yang disarankan adalah tidak boleh keluar dari kawasan wabak dan tidak boleh masuk ke dalam kawasan wabak. Kini sebanyak lebih 200,000 orang telah dijangkiti dan lebih 1,000 orang telah mati kerana penyakit ini diseluruh dunia. Virus ini mudah dijangkiti kerana cara penularannya adalah melalui droplet. Setakat ini belum ada vaccine dan belum ada rawatan untuk H1N1 lagi. Tamiflu hanya efektif dalam masa 48 jam selepas dijangkiti virus ini, manakala demam pula hanya bermula selepas 24-48 jam selepas dijangkiti. Bermakna apabila seseorang itu demam, maka kemungkinannya beliau telah berada dipenghujung tempoh efektif ubat tamiflu ini. Oleh itu keberkesanannya sangatlah diragui.

(Cadangan saya: kerajaan perlu mengarahkan perintah berkurung semua orang selama 10-14 hari - mesti ditolak punya - implikasi ekonominya yang sangat dashyat)Jadi bagaimana hendak mengawalnya diperingkat kita? Iaitu dengan meningkatkan kekuatan imum sistem badan masing-masing, mengamalkan tabiat jangan sentuh hidung dan mulut, kerap membasuh tangan terutama selepas sentuh sesuatu ditempat awam (seperti butang lif). Bagi mereka yang sedang mengidap demam dan juga batuk atau sakit tekak, mereka hendaklah isolate diri masing-masing dalam bilik di rumah. Jangan berhubung dengan orang hatta di rumah anda. Kalau hendak makan, ambil pesanan sahaja dan ambil dari pintu sahaja.

Bagaimana hendak meningkatkan imum sistem?
1. Jangan stres - fizikal dan mental
2. Makan makanan berkhasiat - mungkin boleh ambil banyak vitamin C, madu dll
3. Tidur secukupnya
4. Senaman.

Isu pakai mask!

Sebenarnya bagi orang awam tanpa demam dan tanda-tanda H1N1- tidak perlu pakai mask malah permakaiannya boleh menambahkan risiko untuk kena jangkitan.Bagi orang awam yang demam dan ada tanda-tanda H1N1, mereka perlu pakai mask dan jauhkan diri dari orang - kurung diri dalam bilik. Bagi petugas kesihatan - perlu kerana pesakit yang datang mungkin ada H1N1. Pemakaian mask pula mestilah mengikut garis panduan yang betul, jika tidak ia boleh menjadi tempak biakan virus tersebut.Selain itu berdasarkan sunnah, kita juga digalakkan bersolat hajat. Berdoa.

P/s : Oleh kerana itu, sama2 lah kita berdoa semoga H1N1 ini dijauhkan dari kita, keluarga dan rakan-rakan kita..insyaAllah.

No comments:

Post a Comment