Permata hatiku

Permata hatiku

Thursday, August 27, 2009

Ramadhanku....sudah 7 hari berlalu....

Salam..

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah, hari ini adalah hari ke -7 umat Islam berpuasa... rasa masa berlalu sekejap shj.

Emmm... melalui kehidupan dalam bulan keberkatan ini sebagai seorang isteri, seorang ibu kpd 2 org anak dan juga mengandung, seorang pelajar dll....banyak peristiwa bermakna kpd diri saya.

Sepanjang hari-hari yg berlalu ini, saya merasakan dan benar2 merasakan perlunya saya menjaga setiap amalan saya supaya semuanya dinilai sebagai ibadah oleh Allah SWT.

Bermula dari bangun diawal pagi bertahajjud dan bertilawah, menyediakan makan sahur, solat subuh dan menyambung tilawah al-Quran sblm bersiap-siap dan menyiapkan keperluan anak2 dan suami utk bekerja. Kemudian bergegas pula ke lab utk menyambung kerja-kerja PhD.

Balik pula sibuk memasak makanan berbuka, melayan anak2, solat maghrib seterusnya isya' dan tarawikh.

Alhamdulillah, disebalik semua kesibukan dan keletihan itu, terasa sangat bantuan dari Allah, Allah masih memberikan kudrat untuk saya sebelum berehat dalam tidur dimalam hari.

Bukan mudah utk melalui satu hari yang penuh dgn aktiviti2 yang memerlukan banyak tenaga dan kesabaran, tapi semuanya Allah permudahkan. Ini adalah pengalaman pertama saya sebagai seorang isteri dan ibu mengandung yang melalui bulan rahmat ini. Terasa sangat keberkatanNya dan keredhaanNya yang diberikan kpd saya apabila saya mampu melalui semuanya dengan bantuan dari Nya.

Alhamdulillah, ku bersyukur ya Allah atas nikmat dan rahmat yang Engkau berikan kpdKu...dan semoga dengan tarbiyah Ramadhan ini, dapat melahirkan seorang lagi hambaMu yang bertaqwa dan bakal menjalankan tanggungjawab sbg khalifah di muka bumiMu ini..

Degupan janin yang bersama-sama ku ini...ku hargai dan kusyukuri....dan moga Ramadhan ini madrasah yang terbaik untuknya didalam rahimku ini...amin.

No comments:

Post a Comment