Salam kepada semua..
Alhamdulillah, esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Mungkin bagi sesetengah Muslim, Hari Raya Aidiladha tidak semeriah dan bermakna berbanding Hari Raya Aidilfitri. Tetapi, bagi sebahagian yang lain Hari Raya Aidiladha adalah Hari Raya yang bermakna dan wajar diraikan.
Sinonim dengan Hari Raya Aidiladha adalah ibadah haji dan ibadah korban yang dijalankan oleh Muslim. Pada bulan Dzulhijjah inilah..berjuta umat Islam datang dari berbagai pelosok dunia ke Makkah dan Madinah untuk mengerjakan ibadah haji.. semua datang untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima ini. Datang dengan berbagai cara, dari berbagai latarbelakang, semuanya pergi dengan niat yang satu...menjalankan ibadah haji liLlahi taala dan mendapat haji yang mabrur..Berbahagialah mereka yang menjadi tetamu dan menyahut jemputan Allah ini.
LabbaikaLlahumma Labbaik, Labbaika la syarikalaka Labbaik, Innal hamda wanni'mata laka wal mulk..la syarika lak. Subhanallah, mengalir airmata ku ini.. ya Allah...bilakah kan datang waktunya untukku pula menjadi tetamumu ya Rabb.
Menyingkap pula sejarah dalam ibadah korban, bagaimana seruan Allah supaya Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Ismail. Bayangkan...bagaimana seorang ayah mampu untuk melaksanakan perintah dari Yang Maha Esa ini...? menyembelih anaknya sendiri?..tapi apa reaksi Nabi Ibrahim?..seandainya ini perintah Mu ya Rabbi, akan ku laksanakan tanpa soalan dan tanpa berbelah bagi..nah...lihatlah qudwah yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim ini. Lantaran dari sifatnya yang tidak berbelah bagi ini, Allah gantikan sembelihannya kpd seekor kibas.
Dan itulah ibadah korban yang berjalan selama 3 hari di Hari Raya Aidiladha ini... ingatlah, bukanlah darah binatang qorban itu yang akan sampai kpd Allah, tetapi keikhlasan kamu lah yang akan datang dan dinilai oleh Yang Maha Kuasa.
Tahun ini, saya sekeluarga tidak dapat melaksanakan ibadah korban ini berbanding dengan tahun-tahun lepas diatas sebab2 tertentu. Sedih dan sayu rasa hati, tapi insyaAllah...pada tahun-tahun akan datang akan cuba juga diusahakan untuk melaksanakannya walaupun hanya satu bahagian dari seekor lembu dan azam saya supaya ini akan menjadi amalan saya sekeluarga setiap tahun..insyaAllah.
Hidup ini tidak akan berjalan tanpa pengorbanan. Pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya, pengorbanan seorang ayah terhadap keluarganya, pengorbanan seorang suami terhadap isterinya juga sebaliknya..dan juga bermacam-macam pengorbanan lain. Ingatilah, setiap apa yang kita miliki ini bukanlah bererti kita seorang yang hebat. Berjawatan tinggi, berumah dan berkereta besar, banyak wang dan harta...ini semua adalah pinjaman dan datangnya dari Allah Yang Maha Kuasa. Dan ingatlah juga,
"Seandainya kamu bersyukur, akan Ku tambah lagi, seandainya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih...."
Erti pengorbanan seorang hamba terhadap Tuannya....sama-samalah kita fikirkan...
-Ummu Muhammad-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment